Sunday, 7 August 2011

ASSIGNMENT CTU101 MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM

Tajuk :
MASJID SULTAN  SALAHUDDIN ABDUL AZIZ  SHAH,  SHAH ALAM

Disediakan oleh:
NUR HANIDA BT ABDUL HALIM

Disediakan untuk:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU 101

Program :
DIPLOMA PENGURUSAN LADANG

Tarikh serah:
08 OGOS 2011

Tarikh bentang:
08 OGOS 2011 

TAJUK:
MASJID SULTAN  SALAHUDDIN ABDUL AZIZ  SHAH,  SHAH ALAM

ISI KANDUNGAN
ABSTRAK
PENDAHULUAN
SEJARAH PENUBUHAN
CARTA ORGANISASI MASJID
KEISTIMEWAAN MASJID
PERKHIDMATAN DISEDIAKAN
PROGRAM
PERBEZAAN DENGAN MASJID BIASA
PENUTUP
RUJUKAN


ABSTRAK:

Sejak kecil kita didedahkan dengan kewujudan masjid. Sebut sahaja masjid, pasti kita tahu bahawa masjid adalah rumah ibadat untuk orang Islam. Namun, sejauh manakah kita mengetahui fungsi sebenar masjid dan apakah kegiatan-kegiatan serta peranan masjid yang digunakan sebagai satu wadah untuk mendekatkan masyarakat dengan Allah SWT serta mentaati RasulNya? Sebagai umat Islam kita sewajarnya mengambil tahu tentang asal usul rumah ibadat ini serta memikirkan langkah-langkah proaktif dalam memperbaharui sistem institusi masjid agar masyarakat lebih tertarik untuk ke masjid, bukan sahaja untuk umat Islam , malah menarik minat golongan bukan Islam untuk mengenali institusi masjid. Umat Islam perlulah berfikiran rasional dan terbuka dalam hal-hal berkaitan peranan masjid dan tidak hanya memandang masjid hanya sebagai tempat bersolat sahaja. 
PENDAHULUAN:

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan sebuah masjid tersohor serta merupakan masjid terbesar dan terunggul di Malaysia dan di Asia Tenggara.

 Kenangan 14 tahun dahulu terimbau kembali tatkala melihat masjid ini. Di sinilah saya mengambil sijil tadika Al-Fath serta membuat persembahan   berkumpulan bersama-sama rakan di majlis penyampaian sijil tadika.

Masjid berkubah biru ini dibina di atas kawasan  seluas 14.6 hektar di pusat bandar Shah Alam. Masjid yang juga dikenali sebagai "masjid biru" di kalangan pelancong ini, mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalamannya yang menakjubkan. Sesiapapun yang pertama kali menjejakkan kaki ke situ pasti nak datang lagi.

Masjid ini berdiri megah dengan landskapnya yang indah dan terletak di sebahagian Tasik Shah Alam iaitu Tasik Raja Lumu yang  memisahkan Masjid ini dengan Pusat Bandar Shah Alam.
 Masjid Negeri ini melambangkan kebesaran Islam dan kepentingan agama sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia boleh memuatkan 24,000 jemaah pada satu masa.

SEJARAH PENUBUHAN:



Arahan pembinaan:  Oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melalui Jabatan Kerja Raya.
Tarikh arahan:  Awal tahun 1975 (selepas Shah Alam di ishtiharkan Ibu Negeri Selangor)
Tarikh diamanahkan: Awal tahun 1977

Perletakan batu asas:  Oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 8 Mac 1980
Tarikh pembinaan:  1 Oktober 1983
Tarikh Sempurna:  15 Ogos 1987
Tarikh digunakan:  3 Disember 1987 (hari khamis) 
Tarikh dirasmikan: 11 Mac 1988 
Umur Sekarang:  Hampir 24 tahun

CARTA ORGANISASI MASJID:

Imam Besar : Us. Ahmad Mustafa

Unit Pengurusan dan Kewangan: En. Mohd Shahril

Unit Pembangunan Ibadah dan Khidmat Sosial: Us. Mohd Hata

Unit Pengajian dan Pendidikan: Us Mohd Farhan

Unit Dakwah dan Informasi: Us. Firdaus


KEISTIMEWAAN MASJID:

 Terdapat banyak keistimewaan masjid ini yang membuat hati saya teruja untuk mengenalinya dengan lebih dalam..antaranya ialah

  1. Masjid terbesar kedua di Asia Tenggara
  2. Kubah masjid yang terbesar di dunia 
  3. Menara tertinggi kedua di dunia

  4. Berupaya memuatkan 24,000 jemaah dalam satu masa
  5. Struktur kubah menggunakan tiub aluminium ditutupi dengan 'Retvous Enamelled Steel Panel'.

  6. Dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun. Bernilai 18 juta.
  7. Baginda Sultan sendiri yang memilih tapak masjid
  8. Baginda menghadiahkan 4 lampu chandelier bernilai lebih 2 juta dan sebuah jam antik berusia 600 tahun bernilai RM200 ribu dibeli di Hong Kong.
  9. Baginda Sultan dengan bermurah hatinya menyumbang elaun Baginda selama 4 bulan kepada Masjid Negeri.
  10. Struktur masjid adalah kombinasi antara seni rekabentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu Asli.

  11.  Mimbar masjid pula  dibuat oleh pengukir tempatan mengikut corak masjid-masjid lama di Malaysia. Berukuran 7 kaki tinggi. Pelantarnya 5 kaki persegi , berdiri di atas empat tiang dan berbumbung batu marmar putih Mahsuri setinggi 30 kaki. Dihiasi dengan bintang dan bulan sabit emas di atasnya.Cermin dinding dihiasi dengan gril yang tinggi diperbuat daripada kayu berukir setinggi 7 kaki
PERKHIDMATAN DISEDIAKAN:
  1. ·         Kaunter zakat
  2. ·         Perpustakaan
  3. ·         Kemudahan wifi
  4. ·         Pengurusan jenazah
  5. ·         Khidmat nasihat
  6. ·         Pejabat pentadbiran
  7. ·         Sewaan dewan dan bilik

    PERKHIDMATAN DISEDIAKAN:

    • ·         Kaunter zakat
    • ·         Perpustakaan
    • ·         Kemudahan wifi
    • ·         Pengurusan jenazah
    • ·         Khidmat nasihat
    • ·         Pejabat pentadbiran
    • ·         Sewaan dewan dan bilik

    PROGRAM
  1.    Forum perdana ehwal islam
  2.   Bicara addin
  3.   Kuliah tasawur islam
  4.   Kuliah syarah al-hikam
  5.   Klinik al-fatihah


PERBEZAAN DENGAN MASJID BIASA:

a.           Menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara termasuk pelancong yang bukan Islam
b.     .          Untuk menjaga kesucian rumah Allah, pakaian jubah disediakan untuk para pengunjung untuk menutup aurat dengan sewajarnya.


c.      .          Tandas serta tempat wuduk yang selesa dan canggih. Paip air untuk berwuduk paling moden telah dipasang. Pengunjung hanya perlu menyuakan tangan dan air akan keluar sendiri dan berhenti juga sendiri. Sebuah janakuasa tunggu sedia diadakan semasa ketiadaan bekalan elektrik
d.                 Lokasi penggambaran dan fotografi untuk pasangan pengantin serta penerbitan kad grafik untuk melambangkan identiti Islamik.
e.              Menyediakan pamplet dan risalah-risalah berkaitan Islam dalam bahasa Inggeris untuk pengunjung bukan Islam mengenali erti sebenar Islam.
f.       .           Pengunjung bukan Islam dibenarkan masuk dan melawat kawasan masjid serta diiringi pegawai berkenaan untuk menjelaskan tentang perihal masjid dan Islam.
g.     .           Memiliki perpustakaan serta kemudahan wifi untuk kemudahan orang ramai.

h.           Memiliki banyak pintu pagar untuk memudahkan dan melancarkan pergerakan kenderaan pengunjung keluar masuk.

9.    Pada setiap hari Jumaat, perniagaan dijalankan di tingkat bawah. Jualan seperti pakaian, buku dan majalah, makanan dan minuman.

Ada tiga pintu masuk. Pintu masuk utama menghadap pusat bandar Shah Alam. Dihiasi dengan pancutan air setinggi 70 kaki. Pintu masuk Diraja terletak di sebelah kanan.
PENUTUP
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakn masjid yang amat istimewa pada saya kerana setelah pertama kali saya menjejakkan kaki ke sana pada umur 6 tahun sewaktu penyampaian sijil tadika sekitar tahun 1996-1997, kemudian saya teringin lagi untuk datang dan bersolat serta melihat lagi panorama masjid yang sangat indah serta memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Alhamdulillah, pada tahun 2010 saya dapat lagi ke sana apabila berpeluang melanjutkan pengajian di sebuah kolej di Shah Alam dan saya tidak melepaskan peluang ini untuk ke sana. Jasa besar Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta semua pihak yang bertungkus-lumus membangunkan masjid tersohor ini amatlah dihargai dan semoga Allah SWT member ganjaran pahala yang besar buat mereka semua, InsyaAllah..
RUJUKAN
Us. Hashimi Bin Mohamed
45 tahun
Urusetia unit informasi

2 comments: